Pages

Saturday, December 14, 2013

It's a start for a new day.


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 neo, salam 1 malaysia.
Selamat datang ke blog OFFICIAL TNCT (Terengganu Neo Club Team).


Seperti diketahui umum,
Terengganu Neo Club Team (TNCT) adalah sebuah organisasi atau persatuan yang bernaung di bawah Satria Neo Club Team (SNCT)

Sebagai Pengenalan, Kelab Satria Neo Club Team merupakan sebuah Kelab yang berasaskan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah Kelab Berkonsepkan family yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Agar dapat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya disamping menerapkan nilai kekeluargaan dan mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim sesama ahli diseantero Malaysia .

Objektif :

Walaupun pada dasarnya Satria Neo Club Team ditubuhkan untuk menyatukan  pemilik-pemilik Proton Satria Neo, namun kelab ini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu:

- Menerapkan nilai kekeluargaan yang mungkin sukar dimiliki oleh orang ramai jika tidak menceburi bidang kelab permotoran.

- Menerapkan cara memandu kereta yang lebih selamat, berhemah dan berdisiplin di kalangan ahli kelab agar dapat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya disamping menyahut seruan kerajaan iaitu “Pandu Cermat, Jiwa Selamat“

- Mendedahkan dan mendidik ahli kelab tentang cara-cara mengendali dan membaiki kereta mereka sendiri terutamanya apabila berlaku kecemasan.

- Menggalakan dan memupuk gaya hidup sihat, aktif, cergas, berdisiplin, berharmoni dikalangan ahli kelab dan masyarakat dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti

- Melaksanakan kerja-kerja amal untuk mana-mana organisasi atau pertubuhan bagi memupuk semangat toleransi dan tolong-menolong dan kesedaran dikalangan ahli kelab agar lebih peka dengan persekitaran dan hampir dengan masyarakat sekeliling

Secara kesimpulannya, TNCT ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan merancang pelbagai program untuk ahli-ahli SNCT yang berkampung di bumi Terengganu Darul Iman.

Akhir kata daripada Admin, Do follow our blog for the latest update about our last and upcoming program. Stay tune and keep safe. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment